24 Januari 2011

Program Titian Kasih Murid Tahun 6 2011


Pada 21 Januari 2011 yang lepas, pihak sekolah telah berjaya mengadakan Program Titian Kasih Murid Tahun 6 2011 bertempat di dewan besar SK Teriang. Program ini melibatkan murid-murid tahun 6, guru-guru tahun 6, pihak pentadbir sekolah & ibu bapa serta penjaga.
     Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan antara ibu bapa serta penjaga murid tahun 6 dengan pihak sekolah dalam misi meningkatkan kecemerlangan UPSR 2011. Dalam majlis ini para ibu bapa serta penjaga juga telah didedahkan dengan program-program kecemerlangan yang dirangka oleh pihak sekolah khusus untuk murid tahun 6. Selain itu murid-murid & ibu bapa serta penjaga yang hadir juga berpeluang mengikuti ceramah motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Nazaruddin daripada Pejabat Pendidikan Agama Daerah Mersing.
    Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.


Sumbangan Barangan Persekolahan 1 AZAM

 
Satu majlis ringkas penyerahan sumbangan barangan persekolahan 1 AZAM telah berlangsung pada perhimpunan pagi 21 Januari 2011. Seramai 10 orang murid terpilih telah mendapat sumbangan itu. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Puan Guru Besar, Puan Maimon bt. Ismail.

17 Januari 2011

Perhimpunan Mingguan - Minggu Ke-3

Perhimpunan mingguan pada pagi ini telah mencatatkan sejarah kerana buat julung kalinya, hampir keseluruhan guru-guru & murid-murid tahap 2 berpakaian uniform lengkap mengikut unit beruniform masing-masing. Ini sebagai menyahut seruan Kementerian Pendidikan yang mewajibkan guru-guru & murid-mirid berpakaian unit uniform lengkap pada setiap hari Isnin minggu ketiga.
      Dengan murid-murid lelaki segak berpakaian uniform pengakap berserta dengan skaf sementara murid-murid-murid perempuan anggun dengan mengenakan unifom Puteri Islam yang berwarna merah jambu, satu pemandangan yang amat menarik dapat dilihat apabila mereka semua beratur dalam barisan. Kesatupaduan & keseragaman dapat dilihat apabila murid-murid semua berpakaian seperti berikut.





     Bagaimanapun perhimpunan pada pagi itu terpaksa dipendekkan kerana disebabkan oleh faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

Yang Patah Akan Tumbuh, Yang Hilang Akan Berganti...

  
Suasana pagi SK Teriang pada hari Jumaat, 14 Disember 2011 sedikit tergempar gara-gara pengumuman mengejut yang dibuat oleh GPK HEM, En. Rahmat b. Abd Karim. Perasaan sedih & hiba dapat dilihat disetiap wajah warga SK Teriang terutama murid-muridnya apabila beliau mengumumkan pengunduran dirinya sebagai GPK HEM berkuat kuasa pada 14 Dis 2011. Bukan itu saja, Cikgu Rahmat juga mengumumkan pertukaran GPK 1, En. Mohd Noh b. Talib ke SK Kem Iskandar juga berkuat kuasa pada hari tersebut





   Teka-teki siapa yang kan menggantikan kerusi panas GPK 1 SK Teriang akhirnya terjawab apabila Cikgu Rahmat mengumumkan tempat tersebut akan digantikan oleh beliau sendiri sementara tempat GPK HEM yang kosong akan diisi oleh En. Jamion daripada SK Bandar Endau. Kesedihan seluruh warga SK Teriang dengan berita  pertukaran Cikgu Mohd Noh sedikit terubat apabila tempat beliau akan diambil alih oleh Cikgu Rahmat yang memang dikenali penuh dengan pengalaman.
      Sehubungan dengan itu satu majlis perpisahan telah dibuat secara mengejut bagi meraikan kedua-dua guru yang terbabit.
    

06 Januari 2011

Watikah Perlantikan Pengawas Sesi 2011

Antara program pertama yang telah dijalankan oleh pihak sekolah pada awal sesi persekolahan 2011 ialah, Watikah Perlantikan Pengawas. Seramai 15 orang pengawas lama & 5 orang pengawas baru yang terdiri dari murid-murid tahun 4,5 & 6 telah dilantik dalam satu majlis ringkas Perhimpunan Awal Tahun. Watikah Perlantikan telah disampaikan oleh Puan Maimon bt. Ismail selaku Guru Besar SK Teriang. Mohd Syafiq Luqman b. Abdullah, murid tahun 6 telah dilantik sebagai Ketua Pengawas sementara Adik Amidahtul Najwa bt. Hussin yang juga merupakan murid tahun 6 telah dilantik sebagai Penolong Ketua Pengawas. Semua pengawas-pengawas ini telah melalui proses penilaian yang ketat oleh Unit HEM sekolah sebelum dilantik ke jawatan ini. Mereka juga telah diberi latihan & pendedahan awal mengenai tugas-tugas pengawas. Diharap pengawas-pengawas yang baru dilantik ini dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah.



05 Januari 2011

Mesyuarat Profesional 1/2011



Mesyuarat ini telah berlangsung pada  hari Isnin, 21 Disember 2010. Semua guru telah menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut.





Hari Pertama Sesi Persekolahan 2011


Sesi pertama persekolahan 2011 telah bermula pada hari Isnin, 3 Januari 2011. Seawal jam 6.45 pagi, telah kelihatan para penjaga telah mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Berbagai-bagai kerenah dapat dilihat. Loceng dibunyikan tepat pada pukul 7.15 pagi. Semua murid-murid & guru-guru berkumpul di dalam dewan sekolah untuk memulakan perhimpunan pertama sesi persekolahan 2011.